Monday, August 01, 2011

puisi untuk sahabat...0_o. (pt 2)


sahabatku.....

aku rindukan saat saat kegembiraan bersama,

walaupun sesingkat waktu,

kegembiraan bersama kalian amat bermakna bagiku,

kerana aku amat menghargai kalian sebagai sahabatku,

sahabat...

aku tak mungkin Berjaya tanpa kalian,

bersama kalian membentuk satu pasukan,

yang begitu kuat untuk ditentang oleh musuh,

sehingga kita bergelar juara,

sahabat,

aku sentiasa membantu kalian,

ketika kalian dalam kesusahan,

betapa aku fahami perasaan sabahatku,

tak ingin aku melihat sahabatku,

mengalami kedukaan yang amat dalam seperti ku,

sahabat,

aku tahu diriku hanya wujud sementara,

dalam kehidupan kalian kelak,

kerana pepisahan itu pasti,

akan datang kepada kita,

walaupun sukar kita untuk menerima pepisahan,

sahabat,

apa yang aku pinta hanya satu,

kenanglah aku walaupun hanya secebis memori,

dalam ruang fikiran kalian,

kerana kalian semua adalah sahabat aku,

yang amat aku ridui....







Gratisan Musik

No comments:

COPYRIGHT BY JOETAWAN