Manusia adalah mahluk ciptaan allah swt yang sememangnya lemah,
Manusia tidak boleh hidup tanpa saling bergantungan dengan manusia lain,
Anak kecil memerlukan ibunya untuk menyusukan nya,
Takala tidak boleh berkata-kata,
Hanya mampu menangis untuk disusukan,
Ketika di usia remaja,
aku menangis mengenangkan nasib diri yang tiada kepastian,
Mengapa aku di lahirkan dari keluarga miskin,
Mengapa ayah aku tidak kaya seperti orag lain,
Aku nak merasai kemewahan seperti orang lain,
Ketika bergelar mahasiswa,
Godaan kemewahan semakin hebat,
Apa yang orang lain ada aku ingin miliki,’
Keinginan mengecapi kemewahan membuak-buak,
Aku di kaburi dengan wang dengan perniagaan MLM,
Wang pinjaman habis di gunakan untuk perniagaan,
Keuntungan jauh sekali,
Aku menangis kerana terasa tertipu,
Ketika di alam kerjaya,
Aku nak banyak duit untuk beli apa yang aku impikan,
Buat apa yang aku idamkan untuk lakukan semasa masih belajar,
Gaji yang aku terima tidak pernah cukup,
Aku menangis bila aku selalu merasa kesusahan,
Ketika dalam ikatan pertunangan,
Aku sedih dengan kerenah dirinya,
Seperti aku tak dihargai,
Ikatan kami di rahsiakan,
Seolah malu untuk memberitahu kepada orang lain,
Akulah tunangnya itu,
Yang hanya punyai motor cabuk,
Aku menangis diperlakukan seperti itu,
Sedari kecil hingga sekarang,
Aku menangis dengan keadaan nasib ku,
Tapi aku lupa untuk memihat di sekeliling aku,
Ada orang yang hidup tanpa ayah atau ibu,
Ada orang yang hidupannya susah daripada keluarga aku,
Ada lagi orang yang amat sedih kerana kerugian jutaan ringgit,
Ada lagi orang tidak dapat merasa keenakan makanan dan kenikmatan hidup dari aku,
Aku tidak mahu menangis lagi,
Akan perkara-perkara yang tak sepatutnya aku menangis,
Aku seharusnya menangis selama aku hidup,
Aku telah banyak melanggar perintah allah swt,
Aku sepatutnya menagis ketika berdoa memohon taubat dari tuhan yang maha esa,
Kerana aku tidak mahu lagi ulangi perkara silam yang banyak mengajar aku erti kehidupan,
Aku perlu menangis sekiranya aku tidak di terima oleh allah swt,
Menjadi hambanya yang akan diberikan ganjaran,
Setelah diberikan peluang untuk bertaubat dan aku mengsia-siakan peluang tersebut,
Semog allah menerima segala amalan ku dan meletakkan aku bersama-sama orang yang dikasihinya,
Amin ya robbil alamin.



Gratisan Musik
No comments:
Post a Comment