Tuesday, July 26, 2011

liku-liku perjalanan... 0_o.(pt 2)


aku bersyukur ya Allah,

kerana kembalikan aku ke jalan yang benar,

selama ini aku hidup,

tanpa ketahui ke mana destinasiku,


kemana tempat yang akan aku tuju,

aku sering terhenti di tempat yang gelap,

yang tiada cahaya menembusi kaca mata ku,

menbuat aku buta untuk melihat kebesaranmu,


yang maha mencipta dan maha berkuasa,

aku sering keletihan untuk teruskan perjalanan hidup,

yang penuh rintangan dan halangan di hadapan,

telah engkau jadikan tempat persinggahan,

lima kali setiap hari ( solat),

untuk mengembalikan semangat yang pudar,

dan memohon kekuatan untuk meneruskan kehidupan,



aku sering terbabas,

di liku-liku persimpangan tajam,

yang memerlukan keyakinan diri (akidah) yang teguh,

untuk mengawal diri aku,

dari terbabas ke dalam lembah kehinaan,


telah engkau berikan panduan,

untuk mengatur pejalanan hidup,

Al-Quran Nur Karim,

Sebagai panduan kepada setiap hambamu,

Agar tidak tersesat kejalan kemusnahan,










Gratisan Musik

No comments:

COPYRIGHT BY JOETAWAN