Friday, July 22, 2011

CINTAKU HANYA PADAMU (PT 2)

dulunya aku buta,

tidak dapat melihat akan segala rahmat kurniaanmu,

di kaburi mataku segala kebesaran kuasamu,

lupa untuk mensyukuri segala rezeki daripadamu,

apatah lagi menyembahmu sebagai yang maha esa,

dulunya aku bisu,

tidak mampu untuk memuji kebesaranmu,

tidak terkeluar kalimah-kalimah suci daripada mulutku,

mulut digunakan untuk menyebarkan kekuasaan mu,

bukan sekadar hanya digunakan untuk menguyah makanan,

dulunya aku tuli,

panggilan azan mengajak kearah kejayaan,

seakan hanya melintas di cuping teliga,

tidak singgah ke dalam hati yang kosong,

untuk menyembahmu tanda mengingatimu setiap hari dan malam,

dulunya aku tempang,

untuk melangkah ke arah rumahmu,

walaupun hanya sejengkal,

terasa berat untuk berjalan,

sedangkan ketenangan yag akan diperolehi,

dulunya aku kudung,

untuk meyelak helaian ayat sucimu,

pelbagai panduan untuk menempuh kehidupan,

dan peringat yang jelas dari azab siksaanmu,

agar tidak tersesat ke arah lembah yang hina,

dulunya aku tidak berperikemanusiaan,

duniaku hanya untuk kepuasan diriku,

pelbagai jiwa yang telah dihancurkan,

telah hilang rasa kasih,

setelah dikejar jiwa yang baru,

kini aku terbangun,

dari angan angan yang musnah,

diuji dengan pelbagai keperitan,

yang membuatkan aku rebah dan bangun semula,

dan mencintaimu dengan sepenuh hati ku,

alhamdullillah ( segala pujian hanya untukmu) …








Gratisan Musik

No comments:

COPYRIGHT BY JOETAWAN