Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Doa Untuk Sahabat... 0_O. (Pt2)

Ya Allah,

Terima Kasih Kerana Menemukan Aku,

Dengan Sahabat Yang Cukup Bermakna Bagi Ku,

Kalian Semua Amat Bererti Bagi Aku,

Kalian Merupakan Penghibur Terbaik Bagi Ku,

Aku Ketawa Bila Kalian Berjenaka,

Aku Sayu Bila Kalian Bersedih,

Aku Senyum Jika Kalian Sedang Berbahagia,

Aku Sudi Mendengar Segala Permasalah Kalian,

Agar Dapat Aku Membantu,

Dengan Ilmu Yang Ada,

Dan Aku Doakan Kalian Untuk Kebahagiaan Kalian,

“ Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Engkau Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani,

Tuhan Yang Memberi Manfaat Dan Petunjuk Kepada Setiap Hamba Mu,

Engkau Bukalah Pintu Hati Setiap Insan Yang Amat Aku Kasihi,

Agar Ia Bertaubat Kepada Mu Ya Allah,

Engkau Berikanlah Hidayah Kepada Mereka,

Agar Mereka Kembali Kejalan Yang Benar Yang Engkau Rahmati,

Engkau Berikanlah Kesedaran Kepada Mereka,

Akan Kesalahan2 Yang Telah Mereka Lakukan Terhadapmu Ya Allah,

Engkau Berikanlah Peluang Kepada Mereka,

Untuk Menebus Segala Kesalahan Mereka Sebelum Mereka Pergi Buat Selama-Lamanya Ya Allah,

Engkau Berikanlah Kekuatan Ke Dalam Diri Mereka,

Untuk Menempuh Segala Ujian Dan Dugaan,

Yang Engkau Berikan Kepada Mereka,

Sesungguhnya Setiap Ujian Dan Dugaan,

Yang Engkau Berikan Kepada Mereka,

Telah Memberikan Keinsafan Terhadap Mereka

Dan Menigkatkan Lagi Keimanan Mereka,

Terhadap Mu Ya Allah,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sekiranya Penyakit Mereka Dapat Di Sembuhkan,
Engkau Sembuhkanlah Ya Allah,

Agar Mereka Dapat Meneruskan Lagi Kehidupan Mereka,

Untuk Melakukan Ibadat Dan Kebaikan,

Kejalan Yang Engkau Rahmati,

Engkau Makbulkan Lah,

Segala Permintaan Hambamu Sekalian Ini,

Untuk Memperolehi Apa Yang Di Hajati,

Sesungguhnya Hambamu Itu Amat Taat Kepada Mu,

Engkau Jauhilah Mereka Dari Kejahatan Dan Kecelekaan Di Dunia Ini,

Dan Engkau Lindungilah Mereka Daripada Melakukan Maksiat,

Dan Perkara- Perkara Yang Engkau Murkai,

Engkau Sayangilah Mereka,

Seperti Mana Aku Menyayangi Mereka Ya Allah,

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui

Segala Apa Yang Berlaku Di Langit Dan Di Bumi,

Hanya Padamu Saja Tempat Kami Menyembah Dan Memohon Pertolongan,

Tiada Tuhan Yang Layak Di Sembah Melainkan Allah Yang Maha Esa.”

Friday, August 26, 2011

kawan...aku sepi... 0_o. (pt2)


Sepi..... (^_^)
Kenapa Kita Masih Merasai Sepi,
Sedangkan Ramai Yang Bersama Kita,
Setiap Hari Kita Bertemu Rakan Baru,
Sepatutnya Sepi Tiada Dalam Diri Kita,

Pernah Kita Fikir Mengapa Kita Merasai Sepi,
Kita Kesepian Disebabkan Apa,
Adakah Kita Kesepian Kerana Merindukan Seseorang,
Atau Kesepian Kerana Percaya,
Tiada Siapa Yang Perdulikan Kita

Mungkin Kita Tidak Sedar,
Ada Yang Memerhatikan Kita,
Yang Tak Pernah Melupai Kita,
Yang Sering Memikirkan Mengenai Kita,
Yang Sentiasa Memberikan Pertolongan Untuk Kita,

Iaitu Yang Maha Pengasih,
Yang Maha Penyayang,
Yang Maha Mendengar,
Yang Maha Mengetahui,
Dan Juga Yang Maha Mengampun,

rinduku bertasbih... 0_o.(pt2)

Aku rindu ingin bertemu mu,
Bidadari yang dari kayangan,
Yang layak untuk putera mahkota,

Yang aku miliki hanya hati yang tulus pada ilahi,
Tak bisa memberi kebahagian dunia,
Yang hanya perhiasan bagi ku,

Angan-angan ku tinggi untuk bersama mu,
Tapi aku hanya mampu mengharap,
Kerana engkau takkan dapat selami dunia ku,

Dunia aku berbeza dengan kamu,
Aku tak kejarkan dunia,
Aku mengejar akhirat yang kekal abadi,



Hidup ku hanya beramal pada Allah,
Pekerjaan ku meyebarkan agama Allah,,
Hiburan aku dengan berzikir memuji Allah,

Aku tak mampu menghadiahkan barang berharga,
Aku tak mampu memberi kesenangan hidup,
Yang termampu mendoakan impiannya tercapai suatu masa kelak,

Tiada apa istimewa dalam diri aku,
Cuma yang ada keimanan yang kuat,
Kepada yang maha esa,

Aku doakan kesejahteraan hidupnya,
Aku doakan impian nya akan tercapai,’
Aku doakan Allah meyayanginya seperti mana aku menyayanginya..


Friday, August 19, 2011

kita bertanya..?


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 -


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216-


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286 -


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139 -


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45 -


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu ' min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111 -


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129 -


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12-

wallahua'lam...



Quote from http://princessislam.blogspot.com/2009/06/kenapa.html

Wednesday, August 17, 2011

BERTEMU SANG PUTERI (^_^)

Andai Diberi Peluang Sekali lagi,
Daripada Yang Maha Esa,
Ingin aku Bersua Lebih Lama,
Dengan Puteri Srikandi Islam,
Walau Hanya Secebis Waktu,

Aku Bersyukur Pada Ynag Maha Esa,
Kerana Hamba Yang Lemah ini,
Dapat Bersua Dengan Srikandi Pejuang Islam,
Nanum Apakan Daya,
Seluruh tubuh bergoncang disaat Bertemu Tiba,

Alangkah Bodoh Hambamu ini,
Menjadi Lelaki Yang Tak Terdaya,
Untuk Berbicara Dengan Sang Puteri,
Mulut Seakan Terkunci Rapi,
Lutut Berketar Bila Wajah Sang Puteri Diperlihatkan,

Hambanya Yang Lemah,
Memuji Nama Sang Penciptanya,
Supaya Hatinya Ditenangkan Kembali,
Takala Jiwa Meronta,
Untuk Bertemu Sang Puteri Kembali,

Andai diberi Peluang,
Andai Diizinkan Lagi,
Andai Berkesempatan lagi,
Hambamu Berharap Ya Allah,
Dipertemukan Kembali Dengan Puteri Srikandi Islam itu.





Gratisan Musik

Wednesday, August 10, 2011

Buat Sahabat Seperjuangan (pt2)

hidup ini satu perjuangan,
perjuang untuk memperolehi rahmat Allah,
demi mengejar keduniaan dan akhirat,
mengejar rezeki demi kehidupan dunia,
mencari pahala untuk bekalan akhirat,

kita jangan sekali kali terlalai,
dengan keseronokan di dunia,
yang bersifat sementara sahaja,
yang membuat kita lupa,
lupa kepada yang Maha Esa,

selalukah kita menangis,
takutkan azab Allah yang berat,
atas ke tidak patuhan kita padanya,
atau kita sedang selesa,
dengan nikmat dan kesenangan dunia ini,

sahabat,
bangkitlah dari buaian dunia,
kalu keselesaan dunia yang kita cari,
jangan dilupa untuk bersyukur,
dengan kurnia daripadanya,

sahabat,
lawanlah perasaan megah,
yang menjadikan diri kita sesat,
sesat dari landasan yang sebenar,
iaitu ke terminal ketakwaan kepada ilahi,

sahabat,
bangkitlah berjuang,
untuk memperoleh keimanan sejati,
yang amat besar nikmatnya,
tak mungkin terucap dengan kata- kata,










Gratisan Musik

Tuesday, August 02, 2011

Aku tak mahu menangis lagi ( pt2)

kenapa aku menangis??
Manusia adalah mahluk ciptaan allah swt yang sememangnya lemah,
Manusia tidak boleh hidup tanpa saling bergantungan dengan manusia lain,
Anak kecil memerlukan ibunya untuk menyusukan nya,
Takala tidak boleh berkata-kata,
Hanya mampu menangis untuk disusukan,

Ketika di usia remaja,
aku menangis mengenangkan nasib diri yang tiada kepastian,
Mengapa aku di lahirkan dari keluarga miskin,
Mengapa ayah aku tidak kaya seperti orag lain,
Aku nak merasai kemewahan seperti orang lain,

Ketika bergelar mahasiswa,
Godaan kemewahan semakin hebat,
Apa yang orang lain ada aku ingin miliki,’
Keinginan mengecapi kemewahan membuak-buak,
Aku di kaburi dengan wang dengan perniagaan MLM,
Wang pinjaman habis di gunakan untuk perniagaan,
Keuntungan jauh sekali,
Aku menangis kerana terasa tertipu,

Ketika di alam kerjaya,
Aku nak banyak duit untuk beli apa yang aku impikan,
Buat apa yang aku idamkan untuk lakukan semasa masih belajar,
Gaji yang aku terima tidak pernah cukup,
Aku menangis bila aku selalu merasa kesusahan,

Ketika dalam ikatan pertunangan,
Aku sedih dengan kerenah dirinya,
Seperti aku tak dihargai,
Ikatan kami di rahsiakan,
Seolah malu untuk memberitahu kepada orang lain,
Akulah tunangnya itu,
Yang hanya punyai motor cabuk,
Aku menangis diperlakukan seperti itu,

Sedari kecil hingga sekarang,
Aku menangis dengan keadaan nasib ku,
Tapi aku lupa untuk memihat di sekeliling aku,
Ada orang yang hidup tanpa ayah atau ibu,
Ada orang yang hidupannya susah daripada keluarga aku,
Ada lagi orang yang amat sedih kerana kerugian jutaan ringgit,
Ada lagi orang tidak dapat merasa keenakan makanan dan kenikmatan hidup dari aku,

Aku tidak mahu menangis lagi,
Akan perkara-perkara yang tak sepatutnya aku menangis,
Aku seharusnya menangis selama aku hidup,
Aku telah banyak melanggar perintah allah swt,
Aku sepatutnya menagis ketika berdoa memohon taubat dari tuhan yang maha esa,
Kerana aku tidak mahu lagi ulangi perkara silam yang banyak mengajar aku erti kehidupan,
Aku perlu menangis sekiranya aku tidak di terima oleh allah swt,
Menjadi hambanya yang akan diberikan ganjaran,
Setelah diberikan peluang untuk bertaubat dan aku mengsia-siakan peluang tersebut,
Semog allah menerima segala amalan ku dan meletakkan aku bersama-sama orang yang dikasihinya,
Amin ya robbil alamin.






Gratisan Musik

Monday, August 01, 2011

puisi untuk sahabat...0_o. (pt 2)


sahabatku.....

aku rindukan saat saat kegembiraan bersama,

walaupun sesingkat waktu,

kegembiraan bersama kalian amat bermakna bagiku,

kerana aku amat menghargai kalian sebagai sahabatku,

sahabat...

aku tak mungkin Berjaya tanpa kalian,

bersama kalian membentuk satu pasukan,

yang begitu kuat untuk ditentang oleh musuh,

sehingga kita bergelar juara,

sahabat,

aku sentiasa membantu kalian,

ketika kalian dalam kesusahan,

betapa aku fahami perasaan sabahatku,

tak ingin aku melihat sahabatku,

mengalami kedukaan yang amat dalam seperti ku,

sahabat,

aku tahu diriku hanya wujud sementara,

dalam kehidupan kalian kelak,

kerana pepisahan itu pasti,

akan datang kepada kita,

walaupun sukar kita untuk menerima pepisahan,

sahabat,

apa yang aku pinta hanya satu,

kenanglah aku walaupun hanya secebis memori,

dalam ruang fikiran kalian,

kerana kalian semua adalah sahabat aku,

yang amat aku ridui....







Gratisan Musik

Tuesday, July 26, 2011

liku-liku perjalanan... 0_o.(pt 2)


aku bersyukur ya Allah,

kerana kembalikan aku ke jalan yang benar,

selama ini aku hidup,

tanpa ketahui ke mana destinasiku,


kemana tempat yang akan aku tuju,

aku sering terhenti di tempat yang gelap,

yang tiada cahaya menembusi kaca mata ku,

menbuat aku buta untuk melihat kebesaranmu,


yang maha mencipta dan maha berkuasa,

aku sering keletihan untuk teruskan perjalanan hidup,

yang penuh rintangan dan halangan di hadapan,

telah engkau jadikan tempat persinggahan,

lima kali setiap hari ( solat),

untuk mengembalikan semangat yang pudar,

dan memohon kekuatan untuk meneruskan kehidupan,



aku sering terbabas,

di liku-liku persimpangan tajam,

yang memerlukan keyakinan diri (akidah) yang teguh,

untuk mengawal diri aku,

dari terbabas ke dalam lembah kehinaan,


telah engkau berikan panduan,

untuk mengatur pejalanan hidup,

Al-Quran Nur Karim,

Sebagai panduan kepada setiap hambamu,

Agar tidak tersesat kejalan kemusnahan,










Gratisan Musik

Friday, July 22, 2011

CINTAKU HANYA PADAMU (PT 2)

dulunya aku buta,

tidak dapat melihat akan segala rahmat kurniaanmu,

di kaburi mataku segala kebesaran kuasamu,

lupa untuk mensyukuri segala rezeki daripadamu,

apatah lagi menyembahmu sebagai yang maha esa,

dulunya aku bisu,

tidak mampu untuk memuji kebesaranmu,

tidak terkeluar kalimah-kalimah suci daripada mulutku,

mulut digunakan untuk menyebarkan kekuasaan mu,

bukan sekadar hanya digunakan untuk menguyah makanan,

dulunya aku tuli,

panggilan azan mengajak kearah kejayaan,

seakan hanya melintas di cuping teliga,

tidak singgah ke dalam hati yang kosong,

untuk menyembahmu tanda mengingatimu setiap hari dan malam,

dulunya aku tempang,

untuk melangkah ke arah rumahmu,

walaupun hanya sejengkal,

terasa berat untuk berjalan,

sedangkan ketenangan yag akan diperolehi,

dulunya aku kudung,

untuk meyelak helaian ayat sucimu,

pelbagai panduan untuk menempuh kehidupan,

dan peringat yang jelas dari azab siksaanmu,

agar tidak tersesat ke arah lembah yang hina,

dulunya aku tidak berperikemanusiaan,

duniaku hanya untuk kepuasan diriku,

pelbagai jiwa yang telah dihancurkan,

telah hilang rasa kasih,

setelah dikejar jiwa yang baru,

kini aku terbangun,

dari angan angan yang musnah,

diuji dengan pelbagai keperitan,

yang membuatkan aku rebah dan bangun semula,

dan mencintaimu dengan sepenuh hati ku,

alhamdullillah ( segala pujian hanya untukmu) …








Gratisan Musik

Wednesday, October 31, 2007

welcome to my blog

thank for visiting my blog. for first day i create my blog... not much to write...
anyway.. please always open my blog .. thank again....
COPYRIGHT BY JOETAWAN