mengapa aku sering bertemu kegagalan,
hidup aku penuh dengan kegagalan,
sehingga terpikir tiada lagi kejayaan hidup bagi diri ini,
Tuhanku,
Aku sering berdoa untuk mengecapi nikmat hidup bahagia,
tapi apakan daya aku,
aku diuji dengan ujian yang pelbagai,
yang menyedarkan aku dari lena di alam rekaan aku sendiri,
Namun aku bersyukur Ya Allah,
atas limpah rahmat yag engkau berikan selama ini,
betapa berertinya rahmat yang engkau kurniakan kepadaku,
yang sukar untuk diperolehi oleh semua hambamu,
Aku bersyukur dengan apa yang aku peroleh sekarang,
dikurniakan ketenangan hati keranamu,
diberikan kesihatan yang tak ternilai,
kasih sayang sejati dari ibu yag bukan melahirkan aku,
dan kesempatan untuk beramal dan melakukan kebaikan didunia ini,
sebelum aku pejamkan mata buat selama-lamanya,
Sesungguhnya kegagalan mengajar aku kehidupan,
kegagalan membuat aku dewasa,
kegagalan membuat aku tabah,
kegagalan membuahkan keimanan di dalam hatiku.

No comments:
Post a Comment